Penduduk Palestin meninggal dunia ditembak rejim Zionis

Iklan
Dia al-Sabarini meninggal dunia pada Rabu lalu akibat kecederaan selepas ditembak tentera Israel. - Foto Agensi

RAMALLAH - Seorang penduduk Palestin yang terkena tembakan oleh tentera Israel pada minggu lalu semasa satu pertempuran di Tebing Barat telah meninggal dunia kerana kecederaannya pada Rabu lalu, kata satu sumber Palestin.

Menurut sumber tersebut, Dia al-Sabarini, 25, cedera parah di bandar Jenin, utara Tebing Barat dan dihantar ke sebuah hospital pada 3 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Lima lagi penduduk Palestin cedera dalam pertempuran yang sama itu.

Ia berlaku selepas askar-askar Israel bertempur dengan penduduk Palestin ketika mereka memasuki Jenin.

Iklan

Polis Israel berkata, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan selepas anggota-anggotanya diserang dengan bom petrol dan bahan-bahan letupan dalam satu operasi di Jenin.

Protes-protes bagi menentang penjajahan Israel di Tebing Barat kerap berlaku yang selalunya membawa kepada pertempuran antara pihak keselamatan rejim Zionis dengan penduduk Palestin. - Agensi

Iklan