PENDAPATAN BIMB Holdings Berhad (BHB) mencecah paras tertinggi baharu dengan keuntungan sebelum zakat dan percukaian pada RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Mohd Muazzam Mohamed dalam kenyataannya berkata, BHB ingin mengumumkan bahawa prestasi yang kukuh ini telah diterjemahkan kepada 15.4 peratus ROE selepas cukai, melebihi kebanyakan rakan industri.
Katanya, pendapatan sesaham juga lebih tinggi pada 40.36 sen berbanding 37.94 sen pada tahun kewangan sebelumnya, manakala aset bersih sesaham meningkat kepada RM2.97 berbanding RM2.77 pada akhir Disember 2017.
"Bagi tempoh yang ditinjau, keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat 10.1 peratus atau RM62.3 juta kepada RM682.1 juta.
"Sepanjang tahun tersebut, dividen interim satu peringkat sehingga RM262.5 juta atau 15.5 sen sesaham telah dicadangkan untuk sembilan bulan berakhir September 2018.
"Lembaga Pengarah juga mencadangkan supaya Pelan Pelaburan Semula Dividen dibuat untuk keseluruhan dividen interim satu peringkat yang dicadangkan,” katanya.
BHB mencatatkan kadar langganan pelan pelaburan semula dividen sebanyak 85.95 peratus, menunjukkan komitmen dan penyertaan pemegang saham yang kukuh.
Sementara itu katanya, bagi perbankan Islam Kumpulan Bank Islam mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan percukaian sebanyak RM810.3 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, peningkatan RM43.2 juta atau 5.6 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya sebanyak RM767.1 juta.
Menurut Mohd Muazzam, peningkatan keuntungan Bank Islam adalah disebabkan oleh pendapatan lebih tinggi berikutan kenaikan Kadar Asas dan Kadar Pembiayaan Asas sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa Februari 2018 serta pertumbuhan pembiayaan yang kukuh sebanyak 8.5 peratus, hampir dua kali ganda pertumbuhan pembiayaan purata industri sebanyak 4.3 peratus (November 2018).
"Pembiayaan meningkat RM3.6 bilion untuk mencecah RM45.7 bilion pada 31 Disember 2018 dengan kualiti aset kekal kukuh dan berdaya tahan, meskipun persekitaran ekonomi yang mencabar.
"Kualiti aset yang kukuh ditunjukkan dalam nisbah pembiayaan terjejas kasar yang rendah iaitu 0.92%, lebih rendah daripada 0.93 peratus yang didaftarkan pada akhir 2017. Ia positif berbanding 1.49 peratus yang didaftarkan oleh sistem perbankan pada akhir November 2018.
"Kedudukan modal Bank kekal sihat seperti yang ditunjukkan oleh Nisbah Modal sebanyak 17.7 peratus. Langkah-langkah sokongan yang diterima pakai oleh kerajaan Malaysia seperti yang diumumkan dalam Bajet 2019 adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Islam," katanya.
Tambahnya, ini termasuklah keutamaan berterusan ke atas perbankan Islam, pengembangan industri produktiviti halal, meningkatkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) patuh Syariah dan inisiatif digital.
"Dalam hal ini, pelan strategik Bank untuk tiga tahun akan datang adalah untuk menghasilkan prestasi yang mampan dengan fokus strategik menyokong ekonomi, komuniti dan alam sekitar.
"Hala tuju korporat Bank adalah berdasarkan kepada Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang menjadi pemacu model perniagaan. Dengan Prinsip Syariah / Halal dan Dipercayai menjadi ciri terpenting, Bank akan meneruskan langkahnya menggunapakai prinsip VBI seperti Triple Bottom Line (TBL),
iaitu mementingkan masyarakat, alam sekitar dan kemakmuran," katanya.
Dalam pada itu jelasnya, Kumpulan Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat kenaikan 32.9 peratus dalam keuntungan kumpulan sebelum zakat dan percukaian kepada RM337.0 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 , berbanding RM253.7 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya.
Menurut Mohd Muazam, keuntungan lebih tinggi disebabkan oleh pendapatan lebih tinggi yuran wakalah yang timbul daripada pertumbuhan mantap dalam perniagaan Keluarga dan Takaful Am.
"Pendapatan operasi Takaful Malaysia meningkat 23.4 peratus pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 kepada RM2.639 bilion daripada RM2.139 bilion pada tahun sebelumnya.
"Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh jualan lebih tinggi yang dihasilkan oleh perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am,” katanya.
Beliau berkata, walaupun sentimen perniagaan kekal berhati-hati untuk tahun 2019, industri Takaful dijangka akan mengungguli penanggung-penanggung insurans konvensional memandangkan permintaan yang kukuh dalam produk Takaful.
"Takaful Malaysia bersedia untuk memperluaskan lagi bahagian pasarannya pada tahun 2019. Untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran, syarikat akan meneruskan strategi inovatif menerusi pelaksanaan strategi digital, pengenalan penyelesaian dalam talian, pengembangan keupayaan pengedaran, perkongsian strategik dengan bank-bank Islam terkemuka serta inisiatif kesedaran Jenama.
"Untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan mengutamakan pelanggan, syarikat akan meneruskan strategi digitalnya untuk membina ekosistem digital sepenuhnya dan memperluaskan tumpuan perniagaan di luar perniagaan berkaitan kredit untuk mendekati pangkalan pelanggan runcit yang luas rakan kongsi bank utama.
"Adalah menjadi komitmen Takaful Malaysia untuk terus memberi perhatian terhadap keperluan pelanggan yang layak dengan penyelesaian dan perkhidmatan perlindungan yang boleh dipercayai dan lebih baik bagi mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pilihan utama untuk insurans,” katanya.