Pekida mahu kerajaan pertimbang rayuan NUTP

Iklan
Mudzahar Makhtar

KOTA BHARU - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan menyokong pendapat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mahu pembukaan sekolah ditangguhkan disebabkan kes Covid-19 yang masih tinggi.

Setiausaha Pekida Kelantan, Mudzahar Makhtar berkata, kerajaan perlu meneliti rayuan dan gesaan NUTP tersebut memandangkan ia melibatkan jumlah pelajar yang ramai walaupun dilaksanakan penjarakan dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Memang kita tahu ada penjarakan, pelajar pakai pelitup muka dan sebagainya. Namun dengan pelbagai varian yang semakin mengganas, saya rasa lebih baik kita berfikir panjang sebelum meneruskan keputusan pembukaan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan 1 September depan berikutan kes harian Covid-19 masih lagi tinggi.

Iklan

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, perkara tersebut perlu mengambil kira beberapa faktor antaranya sesi persekolahan hanya tinggal 10 minggu lagi bermula 1 September sehingga 11 Disember 2021.

Mengulas lanjut, Mudzahar berkata, pelbagai kes melibatkan jangkitan kepada kanak-kanak dan remaja berlaku masa kini dan situasi tersebut akan semakin parah jika tidak dibendung lebih awal.

Iklan

Malah katanya, ia amat penting memandangkan kumpulan berkenaan masih belum menerima vaksinasi masing-masing sedangkan mereka juga adalah kumpulan yang berisiko tinggi.

"Maka lebih baik kerajaan pertimbangkan untuk tangguh dahulu. Banyak yang negatif dari positif, maka lebih baik bertindak awal, sebelum peningkatan kes makin teruk,"katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:NUTP gesa KPM tangguh buka sekolah 1 September