Sokong masuk kesalahan suntik kebencian agama dalam Akta 574

Iklan
Lim Guan Eng - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Langkah memasukkan kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) wajar disokong, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata penghinaan terhadap agama tidak boleh dianggap sebagai kebebasan bersuara sehingga ke tahap menghina, mencerca dan memfitnah orang lain.

Iklan
Iklan

Mengambil kira keadaan semasa, beliau berkata pindaan akta yang bakal menyaksikan hukuman lebih berat menanti pesalah adalah satu langkah yang kena pada masanya.

"Ia memang harus disokong supaya kita dapat pastikan kedudukan harmoni dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berkekalan.

Iklan

"Kebebasan bersuara adalah berdasarkan fakta, bukan fitnah," katanya kepada pada pemberita selepas menyampaikan cek RM5 juta kepada Yayasan Restu bagi pengurusan mencetak dan menyebar al-Quran keluaran Nasyrul Quran di sini hari ini.

Dua hari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dilaporkan berkata secara dasarnya Kabinet bersetuju kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama dimasukkan dalam Akta 574.

Iklan

Katanya, pindaan akta berkenaan bakal menyaksikan hukuman lebih berat menanti pesalah, selain mengetatkan beberapa proses pendakwaan termasuk operasi prosedur standard (SOP) pembuktian di mahkamah. - Bernama