KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd (PLS) menandatangani Surat Setuju Terima (Tambahan) Perolehan Pembekalan Covid-19 Coronavac Suspension dengan kerajaan pada Rabu bagi pembelian tambahan enam juta dos vaksin dalam bentuk produk siap serta untuk pengisian dan pembotolan.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Pharmaniaga menjelaskan, pihak-pihak yang terlibat juga bersetuju untuk melaksanakan perjanjian tambahan bagi membolehkan PLS menjual, membekalkan dan menyerahkan jumlah dos yang diminta kepada kerajaan.