Pesawat bawa Canselor Jerman alami masalah teknikal

Iklan
Pesawat tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang Cologne. Gambar kecil: Angela Merkel

BERLIN - JERMAN. Canselor Jerman, Angela Merkel dijangka terlepas acara pembukaan Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires selepas pesawat kerajaan yang dinaikinya terpaksa mendarat cemas kerana mengalami 'kerosakan yang serius'.

Menurut pejabatnya, pesawat yang membawa Merkel dan delegasi negara itu mendarat di Lapangan Terbang Cologne selepas pesawat tersebut alami masalah teknikal ketika terbang di ruang udara Netherlands.

Iklan
Iklan

Laman Spiegel melaporkan sistem komunikasi pesawat tersebut mengalami masalah dan kru terpaksa menggunakan telefon satelit untuk menghubungi pengawal trafik udara.

Pihak berkuasa bagaimanapun menolak ia ada angkara perbuatan sabotaj.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Merkel terbang ke Madrid pada hari ini sebelum menaiki pesawat Iberia Airlines ke Buenos Aires. - BBC