Lelaki ditemui meninggal dunia, dipercayai lebih 24 jam
Iklan
Mangsa ditemui di dalam rumah dekat Taman Keladi, Sungai Petani pada Khamis, dilaporkan telah meninggal dunia lebih 24 jam.
SUNGAI PETANI- Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam rumah dekat Taman Keladi, di sini pada jam 1.10 petang, Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian disedari pasukan badan bukan kerajaan (NGO), Community Responds Squad Movement (CRSM) Sungai Petani yang menghantar makanan kepada lelaki berusia 56 tahun itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihak CRSM memaklumkan, lelaki terbabit masih bersembang dan mengambil makanan yang diletakkan di pagar rumah seperti biasa serta tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit pada tiga hari lalu.
"Bagaimanapun, pada hari ini, ketika anggota CRSM menghantar makanan mendapati makanan yang dihantar pada Rabu masih tidak diusik," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Mangsa yang telah lama menduda itu dikatakan mempunyai dua orang anak perempuan namun tinggal berasingan.
Difahamkan, CRSM menghantar makanan kepada lelaki itu berikutan dia tidak boleh keluar bekerja akibat pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Iklan
"Setiap hari pasukan CRSM akan menghantar makanan kepada golongan yang terjejas termasuk mangsa pada jam 11 pagi dan 5 petang," jelasnya.
Adzli berkata, polis membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
Katanya, pasukan bomba terpaksa memecahkan kunci pagar dan pintu rumah untuk masuk ke dalam.
"Pemeriksaan di bahagian dalam menemui mangsa dalam keadaan telentang di hadapan bilik utama rumah berkenaan.
"Mangsa dilaporkan telah meninggal dunia lebih 24 jam. Siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah,' katanya.
Lokasi kejadian telah disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim HSAH Sungai Petani.
Katanya, saringan Covid-19 akan dibuat sebelum proses bedah siasat diteruskan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam