Masjid di Kelantan dibuka jika kes Covid-19 turun, vaksinasi 50 peratus

Iklan
Dr Izani

KOTA BHARU - Masjid di Kelantan akan dibuka sekiranya kes jangkitan Covid-19 menurun dan pemberian vaksin meningkat kepada 50 peratus.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan meminta pembukaan masjid ditangguhkan berikutan kes Covid-19 di negeri itu masih meningkat.

Iklan
Iklan

"Tuanku mohon supaya bilangan kes mesti turun dan peratus pemberian vaksin meningkat kepada 50 peratus, barulah masjid dibuka.

"Untuk pastikan kes turun, kita perlu bekerjasama dengan semua pihak terutamanya masyarakat supaya semuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Negeri (JKKN) di sini.

Iklan

Ditanya mengenai jangkaan kerajaan negeri untuk meredakan ledakan kes Covid-19 di negeri ini, Izani berkata, pihaknya menjangkakan ia akan kembali landai dalam tempoh tiga bulan.

Dalam pada itu, Izani berkata, kerajaan negeri berharap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak meminggirkan negeri itu daripada pengagihan bekalan vaksin memandangkan Kelantan kini adalah antara negeri yang paling bawah dari segi suntikan vaksin dos kedua.

Iklan

Katanya, ia berikutan bekalan yang diterima tidak mencukupi dan bukanlah disebabkan oleh masyarakat yang menolak untuk divaksin atau tidak mendaftar di MySejahtera.

Jelasnya, pihaknya meminta satu juta dos vaksin sebulan, namun setakat ini hanya terima 500,000 dos vaksin.

"Untuk sehari kita hanya mampu memberi vaksin 25,000 dos, itu pun sehingga jam 2 petang vaksin sudah habis. Jadi, kita berharap MOSTI mendengar rintihan kami sekaligus memenuhi permintaan Kelantan.

"Jangan meletakkan Kelantan negeri yang terkebelakang dan meminggirkan kami dari segi agihan vaksin memandangkan kes Covid-19 di negeri ini semakin meningkat sedangkan kerajaan mengumumkan kelonggaran beberapa sektor ekonomi,” katanya.