Muhyiddin akan pastikan titah Sultan Ibrahim diberi keutamaan

Iklan
Foto dikongsikan Muhyiddin ketika menghadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru selepas sidang DUN.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir mengambil tanggungjawab atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dan bukan hal berkaitan politik atau kepentingan sendiri.

Muhyiddin berkata, baginda bertitah agar ahli mesyuarat membincangkan perkara berkaitan menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, atas kapasiti yang ada, beliau akan memastikan titah nasihat itu diberi keutamaan dan diambil tindakan sewajarnya.

"Segala titah pedoman dan titah nasihat baginda akan dijadikan panduan kepada saya dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Iklan

"Sebagai seorang pemimpin, saya mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat sedaya upaya dengan penuh keikhlasan agar dapat menang bersama dalam memerangi penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Muhyiddin ketika menghadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Khamis bagi mempersembahkan perkembangan semasa isu-isu dalam negara.

Beliau turut berkongsi foto menghadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru selepas sidang DUN itu bagi mempersembahkan perkembangan semasa isu-isu dalam negara.

Iklan

Pada Khamis, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan ADUN Johor tidak menjadikan sidang DUN sebagai medan perbalahan politik dan merebut kuasa.

Baginda mengingatkan agar kesemua 57 ADUN menggunakan sesi persidangan untuk berbincang bagi merancang pelan tindakan membantu rakyat ketika pandemik Covid-19 melanda.

ARTIKEL BERKAITAN:Sultan Johor terima menghadap Muhyiddin