'Dine-in': Kelantan syarat peniaga, pekerja kedai makan lengkap vaksin

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan menetapkan peniaga dan pekerja kedai makan perlu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sebelum membuka kedai mereka untuk ‘dine-in’.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, selain itu, remaja berusia 17 tahun ke bawah tidak dibenarkan makan di kedai, sebaliknya hanya belian bungkus.

Iklan
Iklan

"Kita tidak boleh bercanggah dengan keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN), namun kita memutuskan hanya peniaga dan pekerja yang lengkap vaksin sahaja menawarkan operasi makan di kedai.

"Bagi mereka yang belum lengkap, premis berkenaan dibenarkan dibuka untuk bungkus sahaja. Maka kita akan percepatkan proses suntikan vaksin dan sudah menghantar senarai peniaga di Kelantan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tujuan berkenaan,” katanya pada Khamis.

Iklan

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat khas JKKN yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.

Menurutnya, kerajaan juga mahu semua pihak terutamanya remaja belasan tahun terus bersabar seketika untuk ‘dine-in’ sementara mereka mendapat vaksinasi masing-masing.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, peniaga-peniaga di kedai makan di negeri ini memohon agar pihak kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi bagi memastikan mereka boleh memulakan operasi ‘dine-in’ sebagaimana kelonggaran yang diberikan.

Ada di antara mereka yang baru sahaja menerima satu dos, tidak kurang juga yang tidak menerima sebarang tarikh janji temu lagi.