Kuasa faedah kompaun gandakan pelaburan

Iklan

Kuasa faedah kompaun merupakan satu istilah penting yang perlu difahami dalam menguruskan kewangan.

Mungkin pada masa ini, istilah ini tidak penting kerana anda masih belajar, namun apabila sudah memegang wang sendiri kelak, kuasa faedah kompaun akan menjadi kunci sama ada anda memiliki kedudukan kewangan positif atau negatif.

Iklan
Iklan

Sepertimana petikan kata saintis terkenal, Albert Einstein, kuasa faedah kompaun memberi manfaat kepada mereka yang memahaminya, namun bagi mereka yang tidak mengerti, ia mungkin menjadi punca kepada bencana.

Secara ringkasnya kuasa faedah kompaun ialah konsep yang mana dividen atau caj faedah menambah kepada modal pelaburan. Dari tahun ke tahun apabila dividen tidak dikeluarkan, modal pelaburan akan terus bertambah dengan sendirinya.

Iklan

Kuasa faedah kompaun memberi kesan positif kepada pelaburan kerana ia membolehkan wang berganda dalam tempoh tertentu selagi modal dan dividen tidak dikeluarkan.

Sebagai contoh, Ali merancang sebanyak RM1,000 selama 5 tahun dan sepanjang tempoh itu dia tidak mahu mengeluarkan wang berkenaan dan dividen yang diterima.

Iklan

Dengan andaian purata pulangan tahunan sebanyak 4 peratus setahun, wang berkenaan berpotensi bertambah kepada RM1,221, yang mana RM221 merupakan dividen terkumpul yang diterima setiap tahun.

Ringkasan pelaburan Ali (andaian purata pulangan terkumpul ialah 4 peratus)

Jadi kita perlu melabur untuk menikmati faedah daripada kuasa faedah kompaun ini dan sebaiknya mula melabur seawal mungkin atau dari gaji pertama kerana tempoh masa yang panjang memberi peluang kepada modal untuk berkembang lebih besar.

Kesan sebaliknya berlaku apabila konsep kuasa faedah kompaun mula digunapakai dalam hutang atau pinjaman.

Ini kerana, caj faedah yang tidak dilunaskan juga akan menambahkan jumlah hutang. Sekiranya ansuran bulanan tidak dilunaskan dalam tempoh yang panjang, jumlah hutang akan bertambah jauh lebih besar berbanding pinjaman asal.

Sebagai contoh, syarat penggunaan kad kredit yang amat mudah menyebabkan ramai berhutang diluar kemampuan. Oleh kerana pengguna kad dibenarkan membayar jumlah minimum sahaja untuk kad terus aktif, ramai memilih membayar jumlah berkenaan sahaja tanpa menyedari hutang belum dibayar itu terus bertambah.

Justeru pastikan anda membayar jumlah penuh pembelian apabila menggunakan kad kredit pada masa depan dan jangan sesekali membayar jumlah minimum sahaja. Ini kerana hutang yang ditangguhkan bayarannya akan bertambah dari bulan ke bulan kerana caj faedah terkumpul.

Apabila sudah bekerjaya kelak, aplikasikan pengetahuan mengenai kuasa faedah kompaun dalam mengurus gaji bulanan. Utamakan pelaburan supaya kuasa faedah kompaun boleh menjana pendapatan pasif dan membina kewangan kukuh untuk anda.

Apabila mengambil pinjaman pula, ambil berdasarkan kemampuan untuk melunaskannya supaya tiada yang tertunggak kerana kuasa faedah kompaun akan menambah kepada jumlah hutang yang tidak dibayar.