Rasuah politik beri impak besar

Iklan
Jais

SHAH ALAM - Budaya rasuah politik dan lompat parti dalam kalangan ahli politik boleh memberi impak besar terhadap nilai integriti dan governans negara.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, Akta Parti Politik Malaysia (APPM) perlu dilaksanakan segera yang membabitkan beberapa perkara termasuk etika ahli politik, pengurusan pendaftaran parti politik, mengawal segala hal berkaitan kewangan dan laporan tahunan bagi mengelak atau memastikan tiada salah urus atau salah guna kuasa.

Iklan
Iklan

"APPM adalah re-packaging yang lebih menyeluruh dan bukanlah sekadar mengawal pengisytiharan aset atau isu pendanaan dan sumbangan politik seperti yang dicadangkan melalui Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA),” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan beberapa orang ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan sekiranya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Iklan

Jelas beliau, berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin, MCW berpendapat bahawa ada kemungkinan mesej misteri yang diterima oleh ahli Parlimen pembangkang berkenaan merupakan satu perangkap atau rancangan konspirasi politik menjelang undian belah bahagi pada September ini di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, dakwaan itu bagi menimbulkan persepsi negatif dan memberi gambaran bahawa kerajaan terdesak untuk kekal berkuasa.

Iklan

"Rakyat sebagai pemilih mesti segera sedar dan berubah dalam meletakkan kriteria untuk memilih wakil rakyat terbaik mereka.

"Rakyat mesti berani memilih calon berdasarkan karisma kepimpinan, rekod perkhidmatan dan latar belakang peribadi yang bersih dan bukan semata-mata kerana parti yang disertai,” tegas beliau.

Tambahnya, negara memerlukan individu yang berintegriti tinggi, berani mempamerkan kuasa kepimpinan yang telus dan sanggup berkorban untuk rakyat serta negara.

"Rakyat disarankan untuk terus memantau dan kekal tenang dalam menghadapi permainan politik licik seperti ini.

"Sudah sampai masanya rakyat bertindak menjauhkan kuasa dari ‘tangan hitam’ yang boleh mengubah manusia bersifat kebinatangan dalam kepimpinan,” jelasnya.

Pada Isnin, SPRM berkata, sehingga kini suruhanjaya itu sudah menemui tiga Ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

Sudah sampai masanya rakyat bertindak menjauhkan kuasa dari ‘tangan hitam’ yang boleh mengubah manusia bersifat kebinatangan dalam kepimpinan.