Jersi nombor 30 Messi habis terjual dalam 30 minit

Iklan
Messi

LIONEL Messi kini menjadi bintang pujaan peminat dan penyokong kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) selepas perpindahannya ke Parc des Princes pada Selasa.

Selepas secara rasmi menjadi milik PSG, jersi nombor 30 yang bakal dipakai bekas bintang Barcelona itu telah habis dijual dalam tempoh 30 minit.

Iklan
Iklan

Menurut beberapa laporan media di Perancis, jersi yang dijual pada harga 187 Euro (RM923) sehelai itu menjadi produk paling laris dalam tempoh 24 jam lalu dengan jualan keseluruhan mencecah 30 juta Euro (RM150 juta).

Sebelum ini, penyerang berbisa PSG yang juga rakan baik Messi, Neymar sanggup menawarkan jersi nombor 10 miliknya kepada kapten Argentina berusia 34 tahun itu.

Iklan

Bagaimanapun, Messi menolak dan hanya mahu memakai jersi dengan ‘angka keramat’ 30 - nombor yang digunakannya ketika mula menyertai Barcelona.

Messi yang menandatangani kontrak dua tahun dilaporkan muncul pemain PSG menerima bayaran gaji paling tinggi yang dianggarkan berjumlah 35 juta Euro (RM174 juta) semusim.

Iklan