Gempa bumi landa Mindanao, Filipina

Iklan
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 5.03 pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 5.03 pagi Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 160 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama