SAN FRANCISCO - Syarikat Facebook pada Khamis menangguhkan arahan yang sebelum ini meminta pekerja untuk kembali ke pejabat sehingga awal tahun depan berikutan peningkatan kes Covid-19 akibat penularan varian Delta.
Peneraju media sosial itu menetapkan satu sasaran baharu iaitu para pekerja perlu kembali ke pejabatnya pada Januari tahun depan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, ia berjanji untuk mengeluarkan satu notis sebelum mereka diperlukan untuk datang semula bekerja.
Menurut seorang jurucakap Facebook, pihaknya akan memantau keadaan Covid-19 dengan pakar-pakar bagi memastikan para pekerja kembali bekerja ke pejabat dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, sehingga kini data menunjukkan peningkatan kes Covid-19 berdasarkan penularan varian Delta.
Sebelum ini Google, Facebook dan Microsoft menyatakan para pekerja yang kembali bekerja perlu divaksinkan terlebih dahulu bagi mengelak dijangkiti dengan Covid-19.
Syarikat Facebook juga mengkehendaki mereka yang berada di pejabatnya memakai pelitup muka. - Agensi