Tentera Israel tembak jatuh dron dari Lubnan

Iklan
Gambar fail menunjukkan meriam howitzer ditempatkan di bandar Kiryat Shmona di utara Israel bagi mengawal negara haram itu daripada serangan Hizbullah pada 4 Ogos lalu. - Foto AFP

TEL AVIV - Tentera Israel menyatakan pada Khamis ia menembak sebuah dron yang datang dari arah kedudukan anggota-anggota Hizbullah di Lubnan pada malam Rabu dan terbang dalam ruang udara negara haram Israel.

Pengumuman itu dibuat hampir seminggu selepas Hizbullah melancarkan roket-roket sebagai tindak balas terhadap serangan udara rejim Zionis.

Iklan
Iklan

Menurut tentera Israel, pihaknya yang memantau di Garisan Biru iaitu tanda sempadan antara Lubnan dan Israel yang ditentukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum melepaskan tembakan ke arah dron tersebut.

Israel melancarkan serangan udara ke atas Lubnan baru-baru ini iaitu yang pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Iklan

Justeru, pergerakan Hizbullah kemudian mengaku melancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel buat pertama kali dilakukan sejak tahun 2019.

Menurut Hizbullah, serangan roket itu dilancarkan ekoran serangan udara tentera Israel ke atas selatan Lubnan iaitu serangan yang pertama kali dilakukan sejak tahun 2014.

Iklan

Israel dan Lubnan bertempur selama 33 hari dalam perang yang berlaku pada tahun 2006 dan menyebabkan kira-kira 1,200 orang terbunuh di Lubnan, kebanyakannya orang awam, menurut AFP.

Kira-kira 160 penduduk Israel terbunuh kebanyakannya askar dalam kejadian itu.

Perang itu berakhir selepas satu gencatan senjata yang disokong PBB dan dikuatkuasakan pada 14 Ogos 2006 yang menyaksikan tentera Lubnan ditempatkan di kawasan sempadan dengan Israel. - Agensi