Bot karam: Dua nelayan terapung di laut empat jam

Iklan
Dua nelayan yang berjaya diselamatkan anggota Maritim Pulau Pinang pada jam 7 malam Khamis.

GEORGETOWN - Dua nelayan tempatan berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka karam di 1.9 batu nautika tenggara Pulau Kendi di sini pada malam Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mangsa berusia 50 dan 30 tahun itu diselamatkan kira-kira jam 7 malam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, KM Kimanis yang sedang melaksanakan rondaan rutin Ops Benteng/Ops Pertiwi mengesan dua nelayan sedang berpaut pada bot yang terbalik sambil meminta bantuan.

"Bot yang berpangkalan di Tanjung Piandang, Perak tersebut mengalami kebocoran semasa sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

Iklan

Dua nelayan itu gagal mengepam keluar air yang memasuki bot menyebabkan ia terbalik.

"Mangsa yang dikenali sebagai S Manimaran dan Azhar Azizi Halim itu mengatakan mereka telah terapung selama empat jam sebelum ditemui anggota kita yang sedang membuat rondaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibenarkan pulang selepas mendapati mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan stabil.

"Mangsa dibawa pulang ke Tanjung Piandang oleh pemilik bot yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan keadaan semasa mereka," katanya.