[VIDEO] Tembak tiga rakan setugas sebelum tembak diri sendiri: PDRM

Iklan
Insiden tembakan itu berlaku ketika masa serah tugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan, Sarawak. Foto Sumber Internet.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan pada Jumaat mengesahkan bahawa empat anggota TUDM maut dalam kejadian tembakan.

Beliau berkata, kejadian itu difahamkan berlaku ketika masa serah tugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan, Sarawak.

Iklan
Iklan

"Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri," katanya.

Beliau berkata, dua rakan yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah.

Iklan

"Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri bagi mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

"Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan," ujar beliau.

Iklan

Menurutnya, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan forensik Hospital Umum Sarawak hadir di tempat kejadian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN Tiga anggota TUDM maut, seorang parah insiden tembakan