Hujan meteor Perseids yang dirakam awal pagi ini di Kampung Lubuk Batu,Marang.
Pancuran meteor Perseids bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik dan ianya boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.
Iklan
Iklan
Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.
Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle. Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.- Foto Bernama