Filipina lanjutkan sekatan perjalanan terhadap India, 9 negara lain

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MANILA - Filipina melanjutkan sekatan perjalanan terhadap semua pelancong dari India dan sembilan negara lain hingga 31 Ogos berikutan kebimbangan jangkitan kes varian Delta, kata jurucakap presiden Harry Roque pada Jumaat.

Varian Delta telah menular di negara itu dengan 627 kes dilaporkan, termasuk 11 kematian.

Iklan
Iklan

Selain India, Filipina turut menyekat kemasukan pelancong dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Oman, dan Emiriah Arab Bersatu, menurut Xinhua.

Bagaimanapun, rakyatnya di luar negara yang mengikuti program penghantaran balik dibenarkan pulang, tetapi harus menjalani kuarantin 14 hari selepas ketibaan.

Iklan

Kes jangkitan Covid-19 membabitkan varian Delta semakin meningkat, mendorong kerajaan melaksanakan kembali penutupan dan sekatan lebih ketat di Manila dan wilayah lain.

Filipina kini merekodkan 1.7 juta kes jangkitan termasuk 29,539 kematian. - Bernama

Iklan