48 kilang, premis perniagaan diarahkan tutup serta-merta

Iklan
Hishammuddin - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sebanyak 48 premis terdiri daripada sektor perkilangan dan premis perniagaan diarahkan tutup pada Khamis kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan melaksanakan 82,158 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,425 orang.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,959 buah kilang, 14,847 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 316 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan, seramai 208 individu yang dikompaun kerana ingkar SOP dan 16 individu direman atas kesalahan yang sama.

Iklan

Katanya, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pada Khamis telah membuat tangkapan terhadap 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima buah kenderaan darat.

"Dalam operasi tersebut, sebanyak empat buah kapal atau bot dan lapan buah kenderaan darat turut dikesan melalui aktiviti penglihatan, manakala, 20 orang PATI diusir melalui aktiviti pengusiran,” ujarnya.

Iklan