PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 232 unit termometer tiruan bernilai RM25,270 dalam serbuan di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan pada 5 dan 11 Ogos lepas itu dibuat susulan maklumat serta aduan daripada wakil pemilik cap dagang barang berkenaan selepas mendapati produk yang disyaki tiruan itu dijual secara dalam talian.