Saifuddin harap kerjasama rentas parti dapat stabilkan politik

Iklan
Tangkap layar Twitter Saifuddin

SHAH ALAM- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berharap agar cadangan kerjasama rentas parti yang dibentangkan Perdana Menteri dapat menstabilkan keadaan politik negara.

Menurutnya, tawaran yang diberikan kepada parti-parti di luar kerajaan merupakan keputusan matang, inklusif dan bi-partisan yang mempunyai elemen pembaharuan.

Iklan
Iklan

"Semoga tawarannya mendapat sokongan dan menstabilkan politik kini yg terlalu adversarial kerana kita mesti mengutamakan rakyat.

"Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Bersama Memulihkan Negara merupakan mercu tanda dalam politik Malaysia.

Iklan

"Ia matang, inklusif dan bi-partisan serta punya elemen pembaharuan,” ciapnya melalui halaman Twitternya pada Jumaat.

Pada Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti-parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Iklan

Menurut Muhyiddin, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini berterusan dan tidak diselesaikan segera.