PUTRAJAYA - Sebanyak 11 kit ujian kendiri Covid-19 diberikan kelulusan secara bersyarat setakat ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada 11 kit ujian itu, tujuh kit ujian menggunakan sampel saliva (air liur) dan empat lagi menggunakan sampel nasal swab (calitan hidung).
Iklan
Iklan
"Kit ujian yang telah mendapat kelulusan bersyarat menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) Kementerian Kesihatan (KKM) itu, boleh diperoleh di fasiliti kesihatan awam dan swasta,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, orang ramai yang menggunakan kit ujian disaran melaporkan keputusan ujian mereka menerusi aplikasi MySejahtera, bagi membolehkan pemantauan sewajarnya dilakukan oleh KKM.
Kit ujian itu adalah BERIGHT-Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid); ALLTest Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test; Gmate Covid-19 Ag Saliva; dan Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography);
Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay, Flowflex SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing); STANDARD Q Covid-19 Ag Saliva Home Test; ProDetect Covid-19 Antigen Rapid Test (Saliva); dan NEWGENE Bioengineering Covid-19 Antigen Detection Kit. - Bernama
Artikel Berkaitan