PRU selewat-lewatnya Julai depan

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Khas di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan.

Beliau menegaskan, akujanji itu dibuat bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan baharu apabila tiba masa yang sesuai.

Iklan
Iklan

"Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

"Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan pada Jumaat.

Iklan

Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan pada Mei 2018 dan Parlimen akan terbubar secara automatik setelah lima tahun sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

Muhyiddin sebelum ini memaklumkan satu usul undi percaya terhadapnya akan dibuat pada 7 September depan bagi membolehkan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen.

Iklan

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang dan sebahagian pemimpin UMNO berterusan mengasak agar ia dipercepatkan dan mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu telah hilang majoriti di Dewan Rakyat.