'Keputusan dibuat kerajaan PN terdedah pada pertikaian undang-undang'

Iklan
Mohamad

SHAH ALAM - Setiap keputusan yang dibuat kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada ketika ini terdedah kepada pertikaian undang-undang dan boleh mendatangkan risiko kerugian terhadap kewangan negara.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang nyata hilang keabsahan dan kelayakan setelah hilang sokongan majoriti.

Iklan
Iklan

Katanya, jika Muhyiddin tidak bertindak segera meletakkan jawatan, ia akan menyebabkan pelbagai tindakan yang diputuskan oleh kerajaan mempunyai risiko perundangan yang besar.

"Semua keputusan eksekutif tersebut boleh dicabar keabsahan dan keperlembagaannya.

Iklan

"Ini meletakkan kerajaan dalam kedudukan terdedah kepada pelbagai pertikaian undang-undang dan risiko kerugian kewangan," katanya dalam menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Mohammad berkata, bagi mengelakkan negara terus berada dlm kancah kecelaruan Perlembagaan, wajar pihak eksekutif tampil dan melakukan tindakan yg benar serta berpelembagaan.

Iklan

"Mereka harus memudahkan Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas Perlembagaan baginda dan bukan bertindak sebaliknya," katanya.

Ujar beliau, tiada yang lebih penting kepada seorang perdana menteri selain melaksanakan tanggungjawabnya selari dengan batas dan mandat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

"Perdana menteri waktu ini nampaknya bersendirian mempertahankan kedudukan yang tidak boleh dipertahankan lagi.

"Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan ‘is non-negotiable’," tegas beliau.