Pekerja OKU dipecat kerana merokok di parkir

Iklan
Mark Misell dipecat kerana menghisap rokok di parkir berbanding di kawasan merokok yang disediakan di pasar raya tersebut baru-baru ini. - Foto GMB/SWNS

LONDON - Pasar raya Asda di Britain berdepan tindakan undang-undang selepas ia memecat seorang pekerja orang kelainan upaya (OKU) dan sudah bekerja selama kira-kira 30 tahun hanya kerana dia merokok di kawasan yang salah.

Bekas pekerja itu, Mark Misell, 47, merupakan seorang pekerja di bahagian troli di pasar raya Asda di Shoeburyness, Essex, England.

Iklan
Iklan

Dia yang mengalami kesukaran belajar dan tidak boleh membaca atau menulis tetapi dipecat kerana menghisap rokok di parkir berbanding di kawasan merokok yang disediakan di pasar raya tersebut baru-baru ini.

Bagaimanapun, Misell mendapat sokongan daripada pihak Perhimpunan Kesatuan Sekerja Britain (GMB) yang menuduh Asda melakukan diskriminasi terhadap pekerja-pekerja OKU.

Iklan

Menurut GMB, adalah tidak munasabah dia boleh membaca tentang dasar merokok di pasar raya itu kerana bekas pekerja tersebut tidak boleh membaca.

Pasukan undang-undang GMB akan membawa perkara itu kepada tribunal pekerjaan bagi mendapatkan keadilan untuk Misell.

Iklan

Dalam pada itu, pihak pasar raya Asda enggan mengulas tentang keadaan yang dialami oleh bekas pekerja itu. - Agensi