KUALA LUMPUR - Bekas aktivis pelajar menyambut positif pengumuman baharu Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan potongan gaji peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan RM2,000 dengan kadar RM40, namun itu bukanlah impian utama.
Sebaliknya janji pendidikan percuma terus dituntut.
Adam Adli Abd Halim berkata, sebarang langkah yang diambil kerajaan harus berlandaskan prinsip dan matlamat bahawa semua ini untuk menyediakan Malaysia ke arah pendidikan percuma.
Menurut beliau, kerajaan baharu PH bukan hanya sekadar meneruskan sistem seperti yang ada hari ini kerana katanya, sekiranya pelajar dipertanggungjawabkan dengan situasi kewangan sebegini, kerajaan juga harus melakukan perkara sama.
"Saya sambut pengumuman ini secara positif namun, apa pun langkah yang diambil kerajaan harus berlandaskan prinsip dan matlamat bahawa ini semua untuk menyediakan Malaysia ke arah pendidikan percuma, bukan untuk teruskan sistem seperti yang ada hari ini.
"Jika pelajar dipertanggungjawabkan dengan situasi kewangan sebegini, kerajaan juga harus sama,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun Adam Adli yang juga Presiden Liga Pemuda Malaysia (LPM), menyatakan beliau menyambut baik usaha kerajaan ini namun, menyenaraikan beberapa saranan kepada Kementerian Pendidikan dan PTPTN.
"Antaranya, perkara ini diwartakan agar tidak berlaku lagi percanggahan, dipertingkatkan lagi ke kadar yang lebih tinggi pada masa depan sejajar dengan tuntutan dan janji sebelum ini iaitu RM4,000. Selain itu, dihapuskan kadar faedah dan fee pentadbiran yang tinggi.
"Satu lagi, tentang kadar tunggakan, ramai peminjam yang ada tunggakan tinggi. PTPTN perlu beri pelepasan untuk penyelesaian tunggakan yang lebih baik. Setakat sekarang, PTPTN hanya terima amaun tertentu untuk selesaikan tunggakan.
"Sebaiknya reset balik dari zero sum apabila bayaran semula dimulakan oleh peminjam yang gagal sebelum ini,” cadang beliau.
Tambahnya, penyenaraian peminjam dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) ia sepatutnya ditarik balik kerana tidak efektif dan sangat membebankan.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pernah menjemput Adam Adli untuk mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut bayaran balik PTPTN ini selepas persoalan pedasnya berkenaan kesanggupan PTPTN untuk menerima pembayaran balik pinjaman pelajar sebanyak RM20 sebulan.
Malah dalam pertemuan 12 November lalu juga, Adam Adli terus mendesak kerajaan untuk mendalami isu PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma, seperti yang diumumkan dalam manifesto PH.