KELAB Liga Kejuaraan, Brentford yang baharu dinaikan pangkat ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) melakukan kejutan apabila menewaskan Arsenal 2-0 pada aksi sulung liga di Stadium Brentford Community awal pagi tadi.
Dua gol bermula dengan jaringan daripada Sergi Canos pada minit ke-22 menghiburkan hampir 17,000 para penyokong tuan rumah untuk selesa mendahului babak pertama 1-0.
Iklan
Iklan
Babak kedua, Christian Norgaard menambah duka Arsenal apabila meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-73 sekali gus memberikan memori indah kepada skuad kendalian Thomas Frank untuk kemenangan bersejarah buat The Bees yang membuat kemunculan hebat dalam kejuaraan utama England dalam tempoh 74 tahun.
Sementara itu, Arsenal kendalian Mikel Arteta yang mengakhiri saingan di kedudukan kelapan liga musim lalu menyamai pencapaian musim sebelumnya ternyata terkesan tanpa kelibat dua tonggaknya Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.
"Aubameyang dan Lacazette tidak berapa sihat, itu sahaja yang boleh saya maklumkan," ujar Arteta.