Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin

Iklan
Sebanyak 31.1 peratus populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Jumaat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31.1 peratus atau 10,144,199 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Jumaat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,707,566 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Jumaat sebanyak 26,851,765 dos.

Iklan
Iklan

Mengikut peratusan, 71.4 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama manakala 43.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 462,860 dos diberikan pada Jumaat dengan 162,182 adalah dos pertama manakala 300,678 adalah dos kedua.

Iklan

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Iklan