Gempa bumi sederhana landa rantau kepulauan Filipina

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina pada 9.27 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 187 km tenggara dari Davao, Filipina.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama