Perkhidmatan feri milik Koperasi Kampung Pasir Kelang Berhad menjadi nadi utama kepada kira-kira 15,000 penduduk kampung untuk berulang-alik menyeberang Sungai Kelantan ke bandar Kuala Krai.
Feri yang mampu membawa muatan enam kenderaan, motosikal dan penumpang pada satu-satu masa sering menjadi pilihan utama penduduk dari Kampung Pasir Kelang, Pasir Kelang Baru, Buyong Darul Hijrah, Sungai Taku, Taku Estet dan Bahagia.