'Ini yang arwah tunggu-tunggu...'

Iklan
Atiqah berharap agar proses bedah siasat dapat dilakukan dengan cepat agar jenazah suaminya boleh disemadikan dengan sempurna. - Foto Awani

KUCHING -"Saya tengah mengandung empat bulan sekarang, ini yang dia (arwah) tunggu-tunggu...".

Itu perkongsian isteri arwah Koperal Udara, Mohd Ehsan Sehamat, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia dalam satu insiden di Kem Skuadron 330 TUDM di Kota Samarahan awal pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

Kurang lima bulan lagi untuk Nur Atiqah Nurul Supyie untuk melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Ketika ditemui Nur Atiqah seakan-akan tidak percaya bahawa suami tersayang telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Iklan

Menceritakan detik akhir, tiada tanda-tanda luar biasa sebelum arwah Mohd Ehsan keluar ke tempat kerja.

"Tiada apa-apa yang luar biasa atau pelik perangai arwah... kami bersalaman dan arwah sempat mencium pipi saya.

Iklan

"Saya turut dulu, nanti saya mesej adalah ucapan terakhir arwah sebelum pergi kerja," katanya sambil menyeka air mata ketika ditemui.

Baru menjalin ikatan perkahwinan tahun lepas, hati isteri mana yang tidak rasa kehilangan apabila sikap periang dan lucu seorang suaminya yang kini tidak lagi dirasai.

Hanya doa dan kenangan manis menjadi peneman Nur Atiqah yang reda dengan pemergian Mohd Ehsan.

Selain itu, Atiqah berharap agar proses bedah siasat dapat dilakukan dengan cepat agar jenazah suaminya boleh disemadikan dengan sempurna.

"Harapan saya cuma semoga saya proses forensik ini cepat supaya dia tak lama lama sangat kat sana," katanya.

Setakat pukul 2 petang ini, jenazah keempat-empat mangsa anggota TUDM yang terlibat dalam insiden tersebut masih dalam proses menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasatan dilakukan seterusnya termasuk pengebumian. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:[DIKEMASKINI] Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan