1,147 pengusaha bas sekolah terima bantuan MAIS

Iklan
Ahmad Shahir (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan MAIS kepada Mohamad Harun (dua dari kanan) pada Sabtu.

SHAH ALAM - Seramai 1,147 pengusaha bas sekolah menerima set makanan asas berjumlah RM100 melalui program Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM114,700.

Setiausaha MAIS, Ahmad Shahir Makhtar berkata, pengusaha bas sekolah terbabit adalah ahli di bawah Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL).

Iklan
Iklan

Menurutnya, peruntukan itu akan disalurkan kepada persatuan pengusaha bas sekolah berkenaan sebelum diagihkan kepada kesemua penerima yang terbabit di tiga kawasan tersebut.

"Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas, setiap set sumbangan bernilai RM100 dan menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM114,700," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan makanan asas seperti beras, minyak, tepung dan gula kepada Pengerusi PBSSPKL, Mohamad Harun Mohamad Sidik pada Sabtu.

Sementara itu, Mohamad Harun berkata, sumbangan yang diberikan oleh MAIS akan diserahkan kepada semua ahli PBSSPKL bermula pada Sabtu dan selewat-lewatnya pada Selasa ini.

Iklan

"Semoga bantuan yang diagihkan ini dapat meringankan kos perbelanjaan seharian pengusaha-pengusaha bas sekolah (di negeri ini) yang terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah layari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php