Sembilan lokaliti dikenakan PKPD bermula 16 Ogos

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap sembilan lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang berkuatkuasa 16 Ogos hingga 29 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, turut terlibat Perumahan Ladang Excellent Challenger II, Beluran; Pekan Donggongan, Penampang, Sabah (Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa 2) dan Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud, Sabah.

"Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat, Sabah dan Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang juga dikenakan PKPD.

Iklan

"Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah berkuatkuasa dari 15 Ogos sehingga 28 Ogos.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, PKPD di empat lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah iaitu Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Rakyat Baru dan Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom ditamatkan pada 14 Ogos seperti yang dijadualkan.

Jelas beliau, lokaliti di Kampung Tinusa 2, Sandakan; Lorong 3, Kampung Klias Baru dan Kampung Melulugus, Beaufort, Sabah; Bandar Melati dan Ladang Senang, Rompin, Pahang pula ditamatkan pada 15 Ogos.

"Di Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara, Petaling, Selangor PKPD Ditamatkan pada 14 Ogos 2021, lebih awal dari yang dijadualkan iaitu 19 Ogos,” ujarnya.