KUALA LUMPUR - Kenderaan dipercayai milik menteri dilihat keluar masuk dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Sabtu.
Antara kenderaan yang dilihat memasuki kediaman tersebut adalah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada jam 4.46 petang dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada jam 3.30 petang.