Pan Borneo Sarawak siap hampir 70 peratus: Fadillah

Iklan
Fadillah - Foto Bernama

SIBU - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak kini sudah mencapai 69.6 peratus siap, menurut Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, walaupun berdasarkan kontrak, tarikh siap sepenuhnya LPB Sarawak disasarkan pada September 2022 namun ekoran pelbagai kekangan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan pandemik Covid-19, kelewatan tidak dapat dielakkan.

Iklan
Iklan

"Kita hadapi kekangan seperti masalah rantaian bekalan dan kenaikan kos bahan binaan serta isu kekurangan pekerja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"(Selain itu) cabaran pematuhan SOP yang berbeza di lokaliti setiap Bahagian di Sarawak yang dirangka khusus juga menjadi antara kekangan, kelewatan penyiapan projek sememangnya tidak akan dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Selain itu, Fadillah berkata, pada masa sama pihak pemaju projek juga berdepan kesukaran mendapatkan pekerja ketika pandemik.

"(Bagaimanapun) kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan peruntukan projek infrastruktur utama negara ini mencukupi selain bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sarawak.

Iklan

"Apabila LPB siap nanti rakyat Sarawak khususnya bakal menikmati jaringan jalan raya yang lebih selesa dan efisien serta peluang untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di sektor pembinaan,” katanya. - Bernama