96 kilang, premis perniagaan diarah tutup serta-merta

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 96 premis terdiri daripada sektor perkilangan dan premis perniagaan diarahkan tutup pada Jumaat kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan melaksanakan 77,326 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,415 orang.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,791 buah kilang, 16,929 premis perniagaan, 935 tapak pembinaan dan 231 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan, seramai 149 individu yang dikompaun kerana ingkar SOP dan enam individu direman atas kesalahan yang sama.

Iklan

Katanya, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pada Jumaat telah membuat tangkapan terhadap empat orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat buah kenderaan darat.

"Dalam operasi tersebut, sebanyak enam buah kapal atau bot dan 11 buah kenderaan darat turut dikesan melalui aktiviti penglihatan,” ujarnya.

Iklan