Semangat pesara kerajaan kibar Jalur Gemilang

Iklan
Mohamad Latif Atan, 64, melakukan kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang di pekarangan rumahnya bagi menyemarakkan suasana sempena bulan kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini di Kampung Tanjung Ipoh, hari ini. Beliau yang pesara kakitangan awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) turut dibantu isterinya, Rahimah Abu Bakar, 60, yang mempunyai hobi sama sekali gus memudahkan mereka untuk mengumpul dan berbelanja barang berkaitan kemerdekaan. - Foto Bernama