Kampung 'diserang' kacang panggang cetus misteri

Iklan
Kacang panggang dilemparkan di sebuah kereta di kampung Wonersh, Britain baru-baru ini. - Foto Berita Triangle Polis Surrey

LONDON - Penduduk di sebuah perkampungan di England berdepan dengan kejadian misteri apabila kenderaan, rumah dan peti surat mereka dilemparkan dengan puluhan tin kacang panggang baru-baru ini.

Penduduk kampung Wonersh di Britain yang berasa hairan dan takut dengan siri 'serangan' kacang panggang itu terpaksa membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

Kini, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pihak berkuasa tentang kejadian serangan kacang panggang yang merosakkan harta awam.

Beberapa pegawai polis tempatan telah menerima laporan-laporan tentang kejadian di kampung Wonersh melibatkan serangan kacang panggang dan lain-lain makanan yang turut dilemparkan ke arah pintu depan rumah serta kereta pada waktu malam.

Iklan
Empat tin kacang panggang dibaling ke arah sebuah rumah di kampung Wonersh, Britain baru-baru ini. - Foto Berita Triangle Polis Surrey

Dalam satu foto yang disiarkan di laman Farcebook Polis Surrey, terdapat sebuah kereta yang dipenuhi dengan kacang panggang di bahagian pintu depan dan bumbung kereta.

Sementara dalam satu foto lain, terdapat empat tin kacang panggang dibaling dekat sebuah pintu sebuah rumah di kampung tersebut.

Iklan

Seramai 3,000 penduduk dilaporkan tinggal di kampung itu. - Agensi