JUARA Piala Super UEFA, Chelsea meneruskan momentum positif kemenangan ke atas Villareal pada 12 Ogos lalu apabila membelasah Crystal Palace 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge malam tadi.
Anak buah Thomas Tuchel mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Marcos Alonso pada minit ke-27 untuk meletakkan The Blues di depan sebelum Christian Pulisic menggandakan jaringan buat kelab London tersebut mengakhiri saingan babak pertama dengan kedudukan 2-0.
Pada babak kedua The Eagles kendalian Patrick Vieira cuba menyaingi The Blues, namun Trevoh Chalobah tampil melebarkan jurang gol pada minit ke-58 setelah menerima hantaran Mateo Kovacic untuk membolehkan juara Liga Juara-Juara itu menambah jaringan untuk kedudukan 3-0.
KEPUTUSAN LAIN
Manchester United 5
Fernandes 30', 54', 60', Greenwood 52', Fred 68'
Leeds 1
Ayling 48'
Burnley 1
(Tarkowski 2')
Brighton 2
(Maupay 73', MacAllister 78')
Chelsea 3
(Alonso 27', Pulisic 40', Chalobah 58')
Crystal Palace 0
Everton 3
(Richarlison 47', Doucoure 76', Calvert-Lewin 81')
Southampton 1
(Armstrong 22')
Leicester 1
(Vardy 41')
Wolves 0
Watford 3
(Dennis 10', Sarr 42', Hernandez 67')
Aston Villa 2
(McGinn 70', Ings 97-penalti)