Klopp puas hati permulaan cemerlang Liverpool

Iklan
Jurgen Klopp -Foto Reuters

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp berpuas hati dengan permulaan cemerlang dipamerkan para pemainnya ketika melakar kemenangan 3-0 ke atas Norwich City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Carrow Road pada awal pagi Ahad.

Menurutnya, The Reds berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu selain para pemainnya berjaya mengekalkan rentak konsisten sepanjang tempoh 90 minit perlawanan

Iklan
Iklan

"Perkara paling penting adalah kami beraksi baik hari ini dan layak untuk menang. Ia satu persembahan yang cukup profesional dan saya sukakannya.

"Saya sudah katakan sebelum ini saya tidak perlukan detik 20 hingga 25 minit yang baik kemudiannya kehilangan rentak dan tewas perlawanan. Anda perlu berada dalam perlawanan dan memulakan liga seperti pada hari ini.

Iklan

"Untuk beraksi di tempat lawan dan menentang pasukan baru dinaikkan ke EPL serta dalam stadium yang penuh penyokong lawan adalah sangat sukar. saya gembira kami berjaya melakar kemenangan dan saya rasa kami boleh bermain dengan lebih baik," katanya.

Dalam perlawanan itu, Diogo Jota, Roberto Firmino dan Mohamed Salah masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan tiga mata berharga buat The Reds.

Iklan

Gol Salah itu juga menyaksikan pemain kelahiran Mesir itu mencipta rekod tersendiri muncul penjaring dalam lima perlawanan pembukaan liga berturut-turut.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Klopp tidak terkejut malah menyifatkan Salah berada pada tahap berbeza dalam perlawanan itu.

"Saya menjangkakan Salah mengenai perkara tersebut dan mahu menjaringkan gol. Apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, tetapi dia tetap menjalankan tugasnya untuk asist dua jaringan, ia sangat hebat.

"Malah, selepas dia jaringkan gol, dia juga cuba untuk membuat bantuan gol untuk Sadio Mane. Ia sesuatu yang bagus. Salah adalah Salah dan apabila memulakan perlawanan dia akan berada di gear yang berbeza. Sangat bertuah untuk memilikinya," katanya.