Jururawat hamil anak sulung meninggal akibat Covid-19

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Norfaizah

KOTA BHARU - Seorang jururawat meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai pada Sabtu dipercayai akibat Covid-19.

Jururawat berkenaan Norfaizah Mohamed Nor, 34, yang sedang menanti kelahiran anak sulungnya sejak 10 tahun meninggal dunia pada jam 3.02 pagi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, wanita berkenaan dijangkiti Covid-19 tahap empat dan terpaksa melahirkan zuriatnya itu dalam keadaan pramatang menerusi pembedahan ketika kandungannya berusia 26 minggu.

Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kematian jururawat berkenaan.

"Ya betul, dia (jururawat) itu meninggal dunia tetapi sama ada disebabkan Covid-19 atau bukan, kami perlu siasat dahulu," katanya.

Iklan

Norfaizah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai, pada Sabtu dipercayai akibat serangan Covid-19.