BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaan dipandunya merempuh tembok rumah tol di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Butterworth di sini pada petang Ahad.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.02 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti bergegas ke lokasi kejadian.