'Letak jawatan PM bukan perkara luar biasa, lapan negara dah buat'

Iklan
Najib
KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan bahawa peletakan jawatan pemimpin negara setelah kehilangan keyakinan rakyat dan hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen bukan satu perkara luar biasa.

Sebaliknya kata Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung Covid-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.

"Tiada kena-mengena dengan tidak berperikemanusiaan atau tidak peduli keadaan rakyat yang perlu diselamatkan.

Iklan
Iklan

"Malah ianya sebaliknya. Sebab pendekatan perlu berubah setelah banyak kali gagal demi keadilan serta kebaikan Rakyat dan negara.

"Apa lagi nak dikata sekiranya, kuasa penuh darurat sudah diberi selama 7 bulan tetapi Covid-19 menjadi 12 kali ganda lebih teruk," jelas Najib dalam satu muat naik di laman Facebooknya hari ini.

Iklan

Malah Malaysia tambahnya menjadi negara paling lama melaksanakan lockdown, namun kes Covid-19 terus meningkat tanpa bantuan sewajarnya bagi rakyat.

"Malaysia menjadi negara antara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kes baharu Covid-19 dan kadar kematian Covid-19.

Iklan

"Malaysia menjadi pasaran saham paling corot di Asia Pasifik dan kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuala.

"Segala-gala Belanjawan 2021 serta had hutang yang diluluskan telah terpecah dan ujuran pertumbuhan ekonomi perlu dipotong lebih separuh dari 7% ke 3.5% ke 4%," jelasnya lagi.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, kesemua tujuh kesilapan dan kesalahan dasar itu amat jelas dilakukan oleh pemimpin, meskipun telah diingatkan berulang kali.

"Lain-lain negara tak seteruk itu tapi lain-lain pemimpin dunia turut mengambil tanggungjawab kegagalan dengan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada orang baharu.

"Beza negara-negara itu dengan Malaysia ialah pemimpin mereka mengaku gagal (walaupun prestasi tak seteruk Malaysia) dan bersedia mengambil tanggung jawab sebab ini melibatkan nyawa manusia dan kelangsungan hidup Rakyat," jelasnya lagi.

Najib turut memberikan lapan senarai pemimpin-pemimpin dunia yang meletakkan jawatan setelah gagal kawal Covid-19 dan ekonomi semasa pandemik.

Ia merangkumi negara Itali, Perancis, Slovakia, Mongolia, Tunisia, Nepal, Sweden dan India.-Awani