JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu kos melakukan ujian saringan 'polymerase chain reaction' atau PCR bagi Covid-19 ditetapkan pada harga sekitar Rp450,000 (RM135) sehingga Rp 550,000 (RM165) sahaja.
"Saya sudah berbicara (berbincang) dengan Menteri Kesihatan (Budi Gunadi Sadikin) mengenai hal ini, saya minta agar biaya test PCR berada sekitar antara Rp450,000 hingga Rp550,000," kata Jokowi menerusi siaran di Youtube Sekretariat Presiden pada Ahad.
Iklan
Iklan
Jokowi berkata, ujian saringan PCR menjadi satu cara dalam menangani Covid-19.
"Kerana itu, menurunkan harga standard test PCR sebagai upaya untuk memperbanyak testing dalam kalangan masyarakat," katanya.
Selain itu, beliau juga mahu semua hasil ujian saringan PCR diperoleh dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan tinjauan, harga atau kos PCR di Jakarta adalah di sekitar Rp800,00 (RM240) hingga Rp1 juta (RM300), manakala ujian antigen sekitar Rp75,000 hingga Rp200,000 (RM22-RM60). - Bernama
Artikel Berkaitan