Legenda Jerman, Gerd Mueller meninggal dunia

Iklan
Gerd Mueller

KELAB Bundesliga, Bayern Munich mengesahkan legenda bola sepak Jerman, Gerd Mueller, 75, meninggal dunia pada Ahad.

Sepanjang karier gemilangnya, bekas penyerang sensasi Jerman dan Bayern itu menjaringkan 365 gol dalam Bundesliga pada era 1960-an dan 1970-an.

Iklan
Iklan

Mueller yang memulakan kariernya di peringkat senior bersama kelab TSV 1861 Nordlingen dari 1963 hingga 1964 turut merekodkan 68 gol buat Jerman Barat dalam 62 penampilan di peringkat antarabangsa.

"Hari ini sangat menyedihkan, hari yang meruntun jiwa buat FC Bayern dan peminat. Kami berkongsi kesedihan bersama isterinya, Uschi dan keluarganya.

Iklan
Iklan

"Tanpa Gerd Mueller, Bayern tidak akan menjadi kelab yang kita semua cintai seperti hari ini. Nama dan memorinya akan kekal selamanya,” kata Bayern dalam satu kenyataan.