PASIR PUTEH - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali mengambil masa selama 20 minit untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram (kg) yang bersembunyi di dalam tayar lori terpakai di kawasan tapak pembinaan sebuah chalet di Kampung Raja Dagang di sini pada Ahad.
Ular sawa batik sepanjang 4.5 meter itu ditemukan oleh kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan di kawasan terbabit.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyalamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Mohd Rohni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran reptilia itu pada jam 10.11 pagi.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai lapan anggota telah dihantar ke lokasi untuk kerja-kerja menangkap ular tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, sejurus tiba di lokasi bomba mendapati ular tersebut bersembunyi di dalam tayar lori terbabit dan pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk membawa keluar ular sawa batik itu.
Ibrahim berkata, reptilia itu sudah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
Artikel Berkaitan