Penduduk setempat mengambil kesempatan hujung minggu beriadah santai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan senja ketika tinjauan dalam tempoh pelaksanaan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara di Kampung Batu Manikar hari ini.
Buat masa ini, masyarakat tempatan di sini cuma dapat mengisi masa cuti dan hujung minggu bersama keluarga dengan mengunjungi pantai serta kawasan pelancongan yang terdapat di sekitar Labuan sahaja, susulan larangan rentas negeri yang masih berkuatkuasa, bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 di negara ini.