Muhyiddin tiba di pejabat, pengerusikan mesyuarat khas kabinet

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya, dipercayai bagi mempengerusikan mesyuarat khas kabinet.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya, dipercayai bagi mempengerusikan mesyuarat khas kabinet.

Kenderaan yang membawanya dilihat memasuki pekarangan bangunan Perdana Putra jam 8.07 pagi pada Isnin.

Iklan
Iklan

Muhyiddin sempat melambaikan tangan dan tersenyum kepada pemberita yang menunggunya di luar bangunan Perdana Putra.

Difahamkan mesyuarat berkenaan diadakan jam 10 pagi ini sebelum Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menghantar surat peletakan jawatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman

Muhyiddin dijangka letak jawatan pada Isnin: Menteri PN

Iklan
Iklan